[VIDEO] “Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa” – Fatin Afeefa Perjelas Dakwaan Abai Pendidikan Anak

Pelakon, Fatin Afeefa tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan anak perempuanyan, Ivy Herra Sohpia, 7, tidak dihantar ke sekolah.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, Fatin berkata perkara tersebut adalah satu fitnah yang dilemparkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Soal dakwaan tak masukkan anak darjah satu itu adalah satu fitnah. Untuk saya menjawab fitnah di media sosial adalah tidak adil.

“Saya hantar anak saya bersekolah di sekolah antarabangsa. Saya habiskan duit sebanyak RM40,000 ribu untuk membayar yuran selama setahun. Anak saya dah complete tiga semester dan dah masuk year 2. Macam mana boleh cakap anak saya tak masuk darjah satu?

“Anak saya belajar international school, bukan silibus kebangsaan. Which is kalau dia sambungkan Ivy disitu dia akan belajar IGSCE level. RM40 ribu itu tak termasuk baju dan buku sekolah.

“Tapi jangan risau saya ada bukti transaksi.. Bukti hantar anak masuk sekolah. Ada nama anak, pembayaran berapa semua ada,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Fatin turut meluahkan rasa kesal dan sedih apabila ramai pihak dengan sewenang-wenangnya menghina dirinya tanpa sebarang bukti.

“Bila orang fitnah cakap saya tak kisah pasal anak, tak sekolahkan anak. Saya sangat sedih. Saya bekerja untuk anak saya, tak tidur, balik pukul dua tiga pagi nak bayar sekolah anak saya.

“Sebagai ibu saya berusaha untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak sampai membuatkan saya berfikir, adakah apa yang saya berikan untuk anak-anak saya ni tak cukup?,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Fatin berkata dia sedang berusaha untuk mengubah dirinya menjadi seseorang individu yang lebih baik daripada sebelumnya dengan melakukan ibadah.

Mengakui dirinya tidak sempurna, Fatin turut menghantar anak-anaknya ke sekolah swasta tahfiz agar anaknya mempunyai pendidikan agama yang bagus.

“Saya baru belajar nak mendekatkan diri dengan Allah SWT. Saya fikir sudah tiba masanya untuk saya menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

“Salah satu sebab kenapa saya berhentikan anak saya daripada sekolah international dan masuk ke sekolah swasta tahfiz, sebab anak saya dah jadi terlalu urban. Anak saya belajar dah pandai, jadi saya nak anak-anak pandai tentang agama, baca Al-Quran,” ujarnya.

Kredit: Selebriti Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Tak Bertanggungjawab Sebar Dokumen Tuntutan Mahkamah Adam Shahz, Dakwa Fatin Afeefa Abai Anak?

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebelum Komen Kaji Dulu” – Dituduh Tak Hadir Perbicaraan, Ini Jawapan Adam Shahz!

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Aqilah Paharuzi