Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Belum reda isu rumah tangganya, pelakon Bella Astillah kini terpalit pula dengan dakwaan sengaja memerangkap suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies berhubung kes khalwat mereka baru-baru ini.

Kata Bella, selain terkejut dengan dakwaan tersebut, dia menegaskan tidak akan melakukan perbuatan jahat itu memandangkan hubungan baiknya bersama Ruhainies sebelum ini.

“Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut.

“Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit (Ruhainies). Sebenarnya boleh periksa dekat pihak Jawi.

“Sekarang ini saya fokus untuk ‘move on’ saja,” katanya menerusi temu bual bersama program Melodi baru-baru ini.

Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya, Ara Nabella Awang Astillah, 30, menjelaskan, ada individu yang tampil menghubunginya berkenaan isu tersebut.

Difahamkan juga, individu berkenaan sudah lama mahu menghubunginya serta mahu membantu menyampaikan maklumat berkaitan Aliff.

“Saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia. Dia sudah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk,” jelasnya.

Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan laporan tangkap khalwat membabitkan Aliff dan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Susulan insiden berkenaan, pada 13 Mac lalu, Bella tampil membuat permohonan cerai secara expres di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Khalwat Babitkan Menantu, Pesanan Ibu Bella Astillah Undang Sebak – “Jika Lelaki Itu Menyakitimu, Pulanglah Ke Pangkuan Keluargamu…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Tahu Limit Kesabaran Tu Sampai Bila”- Perkongsian Bella Astillah Kembali Tular, Netizen Titip Kata Semangat & Minta Move On Kes Suami Curang

Salma Syahbuddin