Kongsi Berita Gembira, Caprice Kini Bergelar Bapa

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice berkongsi berita gembira buat semua peminatnya apabila isterinya, Farra Inalis telahpun selamat melahirkan bayi sulung mereka.

Caprice atau nama penuhnya, Ariz Ramli, 36, berkongsi berita itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“March 17, lil Cappy was born. Salam Malaysia,” tulisnya.

 

Bagaimanapun, Caprice dilihat masih belum berkongsi butiran lanjut mengenai anak sulungnya itu.

Selain, hanya berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang menggendong anaknya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat dan pengikut Caprice meninggalkan ucapan tahniah buat dirinya dan isteri.

Salma Syahbuddin