Didakwa Punca Keretakan Rumah Tangga Suami & Madu, Ini Respons Miera Leyana – “Ada Tembok Dinding Antara Saya Dan Dia…”

Pelakon Miera Leyana menafikan dirinya punca keretakan rumah tangga suaminya, Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.

Memetik laporan Melodi, perkahwinannya dengan suami adalah takdir dan tidak adil untuk mengatakan dia punca segala perkara itu terjadi.

“Untuk mengatakan saya punca memang tidak sebab ajal maut di tangan Tuhan. Anda kena percaya benda itu.

“Nak kata saya punca tentang rumah tangga mereka retak, it’s not fair,” ujarnya.

Mengulas tentang masalah hubungan suami dan madunya, dia tidak mahu mencampuri urusan mereka kerana ia langsung tiada kena mengena dengannya.

Malah, dia meletakkan tembok dinding antara dirinya dan madu dalam menjalani hidup dengan cara masing-masing.

“No, never ever. Saya tidak akan masuk campur dan tidak akan memberi sebarang komen pun tentang hubungan mereka, biar mereka sahaja yang tahu.

“Saya lebih fokus kepada my relationship dan anak-anak saya, tugas saya sebagai seorang isteri. Unless benda itu membuatkan dan memaksa saya untuk masuk campur, itu different thing.

“For me, there’s a barrier, there’s a wall between saya dan pihak sebelah sana. Jadi, sebelah sana do their own things dan saya do my own thing,” jelasnya.

Miera juga memberitahu pernah dilanda kontroversi yang lebih teruk dan tidak mahu merosakkan reputasi sebagai seorang artis yang sudah lama dibina.

Oleh itu, dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai pihak sana yang sering mengaitkan namanya.

“Bila orang menggunakan nama saya, publisiti saya untuk meluahkan perasaan mereka, it’s not fair because I built my career dan saya masih bekerja so stop it,” tegasnya.

Untuk rekod, Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang anak yang kini berusia 11 hingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Leyana dan dikurniakan seorang cahaya mata, Rachel Aisyah yang kini berusia 3 tahun.

Maya Basir