Muat Naik Video Ucapan Di IG, Kejelitaan Rina Harun Curi Perhatian! Netizen Komen: “Cantik Dagu!”

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun mencuri perhatian selepas sebuah video pendek yang dimuat naik di Instagram miliknya mengundang topik perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian tersebut, Rina tampil dengan memakai baju kurung berwarna biru gelap yang dipadankan bersama tudung bawal berwarna kelabu sampil membuat ucapan bersempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, susuk badan Rina yang kelihatan sedikit berisi dan dagunya yang kelihatan semakin meruncing.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons mengenai hantaran berkenaan.

“Wah, Yang Berhormat macam dah berisi semula.

“Cantik dagu Datuk.

“Maintain je berat badan Datuk, ni angle kamera kot,” komen netizen.

Sebelum ini, penampilan Rina mencuri perhatian di laman sosial berikutan transformasi fizikalnya sehinggakan ramai yang menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk mencapai berat badan ideal.

Bahkan, Rina mendedahkan penurunan berat badanya yang dilihat terlalu drastik adalah disebabkan pengamalan diet yang sihat selain sentiasa berbasikal untuk menjaga kesihatan.

 

 

Salma Syahbuddin