Didakwa Scammer, Suami Heliza Helmi Tampil Perjelas Tuduhan Fathia Latiff – “Saya Tidak Kenal Langsung Individu Itu”

Susulan tuduhan yang dikeluarkan pelakon Fathia Latiff menerusi sesi live miliknya pada pagi Isnin, suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu ‘panas’ tersebut.

Katanya, dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut memandangkan dia tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan industri perumahan.

“Saya Mahadi Badrul Zaman yang juga dikenali sebagai Mahadi BZ, suami kepada Heliza Helmi ingin menegaskan dengan tegas bahawa saya tidak pernah terlibat dalan sebarang kegiatan industri perumahan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff ‘Spill The Tea’… Dakwa Suami Heliza Helmi Kaki Scammer?

Dalam pada itu, Mahadi juga menegaskan dia tidak pernah mengenali sama ada secara langsung atau tidak langsung aktres itu seperti yang diuar-uarkan.

“Saya tidak pernah menegnali secara langsung mahupun tidak langsung individu yang bernama Fathia Latiff seperti disebutkan dalam kenyataan sebelum ini,”jelasnya.

Terdahulu, Fathia mendakwa bahawa syarikat yang dimiliki Mahadi gagal menyiapkan kediaman yang dibelinya sejak 5 tahun lalu.

Bahkan, dia juga terpaksa membayar wang sebanyak RM2000 sepanjang  tempoh tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Dedah Modus Operandi, Dakwa Suami Heliza Helmi ‘Kaki’ Scammer & Sengaja Bawa Watak Alim?

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Salma Syahbuddin