[VIDEO] Gara-Gara Mengidam, Fida Ibrahim Sanggup Redah Hutan Dengan Suami Nak Pancing Ikan Tengas – “Benda ‘Rare’ Ni”

Perkongsian pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Rafidah atau mesra dengan panggilan Fida itu berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan kisahnya yang mengidam ikan Tengas.

Video pendek tersebut memaparkan Fida dan suaminya sanggup meredahi hutan dan memancing demi mendapatkan ikan Tengas.

“Tiba-tiba baby nak makan Tengas. Dahla ikan ni tak dijual.

“Suami kata jangan! Jangan tunggu lama-lama. Entahlah, bahaya mengidam benda rare ni,” tulis Fida.

Di akhir video tersebut turut memaparkan hasil ikan tengas yang dipancing sebelum digoreng.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pelantun lagu Apo Kono Eh Jang itu.

Berdasarkan carian, ikan Tengas juga dikenali sebagai ikan Kejor & orang cina menggelarkannya dengan panggilan Kelah Hijau yang membesar di sungai berjeram dan sungai yang berbatu yang mengalir dengan deras.

Untuk info, Fida kini berbadan dua selepas dua kali keguguran. Dan kini, bakal ibu itu hanya menunggu masa untuk melahirkan bayi.

Fida sah menjadi suri hati kepada Shahzemir yang juga pengurusnya pada 6 Mei 2021 selepas 17 tahun berkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fida Ibrahim Naik Angin, Dedah Rumah Tangga Diganggu Individu Rapat – “Minta Maaflah, Kesian Saya Memang Tak Ada Dah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika Hilang Tawaran Kerana Hijrah, Bersangka Baiklah Pada Ketentuan Allah” – Fida Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Dua Kali Keguguran, Fida Ibrahim Kini Hamil Enam Bulan

Khairil Khusyairi