Watie Sedih Akaun IG Kena Gantung, Shuib Minta Bantuan Ramai

Pelawak, Shuib memaklumkan akuan Instagram isterinya, Watie Hanifiah digantung secara tiba-tiba tanpa sebarang notis.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib memuat naik tangkapan skrin memaparkan notifikasi akaun Watie yang dikenakan tindakan gantung.

Di ruangan kapsyen, Shuib meminta pertolongan orang ramai yang mahir untuk mengambalikan semula akaun Instagram isterinya.

“Baru sekejap td dia @iamwatie call,dia kata IG dia jadi macam ni. Sedihhhh sangat suara dia tadi.

“Kesiannn la hai mummy ni…Boleh bagi tahu kenapa jadi macam ni dan macam mana nak buat? Boleh siapa-siapa bantu?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai tips dan jalan penyelesaian untuk kembalikan semula akaun.

Dalam pada itu, ada pula segelintir netizen yang berpendapat Instagram Watie digantung kerana memintanya untuk berehat dari media sosial.

Artikel Berkaitan: Kes Fitnah Selesai… John Dihani Mohon Maaf, Shuib Bakal Salur Jumlah Wang Saman Ke Tabung Palestin Yayasan Nurjiwa – “Atas Dasar Ikhsan..”

Aqilah Paharuzi