Isu Musa Diambil Dari Jagaan Noh Salleh, Netizen ‘Serang’ Instagram Mizz Mina Hingga Dikritik Zalim? – “Jangan Pisahkan Bapa & Anak…”

Konflik penjagaan anak antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan bekas isterinya, Mizz Nina semakin hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Isu menjadi lebih hangat selepas Noh mendedahkan Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama suami, pegawai polis dan beberapa individu tidak dikenali, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bersubahat Culik Anak Angkat, Ini Jawapan Noh Salleh! – “Saya Dah Buang Ego Contact Dia Tapi…”

Artikel Berkaitan: Mizz Nina Hadir Bersama Polis, Noh Salleh Berat Hati Terpaksa Lepaskan Musa – “Hanya Tuhan Tahu Betapa Hancur Hati Saya”

Meninjau ke ruangan Instagram Mizz Nina, aktivis kemanusiaan ini masih mengunci mulut dan tidak memberi sebarang respons, meskipun ada segelintir netizen yang mengkritiknya.

Malah, ada dalam kalangan mereka melemparkan kata-kata kesat serta tergamak melabel Mizz Nina seorang muslimah yang kejam.

Bukan itu sahaja, ada netizen yang menasihati Mizz Nina untuk tidak menghalang hubungan Noh dan anak angkat mereka, Musa.



, berdasarkan pemerhatian XTRA, ramai mempertahankan Mizz Nina serta berharap mereka dapat menyelesaikan isu hak penjagaan anak dengan baik dan berjaya capai sepakat.

Artikel Berkaitan: Kongsi Detik Awal Perkenalan Pada 2015, Essam ‘Belanja’ Nyanyi Lagu Rap Untuk Mizz Nina… Gelagat Tan Sri Azman Pula Curi Perhatian!

Aqilah Paharuzi