Didakwa Terlalu Kurus Seperti Hidap Penyakit, Ini Respons Fasha Sandha – “Hati Sakit Bila…”

Pelakon Fasha Sandha didakwa menghidapi penyakit gara-gara tubuh badannya yang semakin kurus.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia membalas komen netizen yang tertanya-tanya mengapa dia kelihatan sangat kurus.

“Awat kurus sangat nampak macam sakit pulak,” komen netizen.

Menurutnya, dia menegaskan kesihatannya sihat sahaja namun berasa geram apabila orang ramai sering mengatakan dirinya sakit.

“Tak sakit pun. Tapi hati agak sakit bila hari-hari orang dok kata kami sakit. Alhamdulillah kami sihat,” balasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menginginkan tubuh badan kurus seperti pelakon drama Rampas Cintaku ini.

“Pedulikan. Saya pun nak kurus macam ni nanti. Senang nak bergerak dan beriadah.

“Dah kurus nampak muda gila. Lawa terok.

“Tak nampak sakit pun, nampak muda remaja adalah. Halus. Nak macam ni juga,” komen netizen.

Maya Basir