SoundCircus Festival 2023 Kembali 29 Julai!

Sempena tahun ke-12 penubuhan Art Of Speed Malaysia (AOSM), SoundCircus Festival 2023 balal diadakan pada 29 Julai 2023 di MAEPS, Serdang.

Festival muzik ini memberi tumpuan khusus pada genre rock punk dan ska yang pertama di Malaysia dengan kualiti produksi setaraf festival muzik antarabangsa bagi memastkan peminat dapat berhibur dalam suasana yang selamat.

Barisan pemuzik dan band yang bakal beraksi adalah seperti Superman Is Dead (Bali), No Good, Plague Of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Syndicate.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus, Asep Ahmad Iskandar, persembahan antara lima band tempatan terbaik bakal memenangi pakej ke luar negara untuk membuat persembahan yang bakal dianjurkan oleh Harley Davidson pada hujung tahun ini.

“Istimewanya festival muzik SoundCircus Festival 2023 pada tahun ini adalah sistem visual audio yang lebih mantap dari sebelumnya dengan kemunculan khas band Superman Is Dead dari Bali, Indonesia yang akan mempersembahkan 16 lagu kesemuanya serta persembahan daripada band-band tempatan bagi memastikan kepuasan pengunjung pada tahap yang maksimal.

“Saya berharap agar pengunjung akan terhibur dengan persembahan serta suasana yang kami janjikan, teruskan menyokong industri muzik kita,” ujarnya.

Tiket festival SoundCircus Festival 2023 boleh didapatkan pada harga RM120 (Festival Ticket), RM135 (All-Access), RM360/4 pax (Group Buy), RM35 (Exhibition Ticket) dan RM60 (Fastlane) di laman web www.artofspeedmy.com.

Maya Basir