Categories: DramaTrending

Bakal Menjentik Emosi Penonton Julai Ini, TV3 Saji 3 Drama Bersiri Baharu!

TV3 sentiasa menyediakan naskhah yang segar dan penuh emosi kepada peminat drama Melayu di Malaysia.

Terbaharu, TV3 menyajikan drama yang pelbagai emosi menerusi slot Akasia, Samarinda dan Lestary. Antaranya ialah drama Tentang Hati Dia di slot Akasia, Obsesi Dia untuk slot Samarinda dan Keria Women bagi slot Lestary.

Tentang Hati Dia mengisahkan seorang anak gadis kampung yang terpaksa menempuh 1001 ujian di usia yang muda bersiaran di slot Akasia.

Drama ini dibintangi Aliff Aziz, Trisha Ooi, Nafiz Muaz, Fazlina Dato Ahmad Daud, Muaz Zabir, Datin Nor Aliah Lee.

Tentang Hati Dia diterbitkan sebanyak 28 eipisod yang bakal ditayangkan pada Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, mulai Isnin ini.

Obsesi Dia pula bakal meningkatkan adrenalin anda dengan kisah seorang wanita tersepit dalam merahsiakan salah satu peristiwa pembunuhan bersiri yang disaksikannya.

Drama ini dibintangi oleh Sophia AlBarakbah, Zahiril Adzim, Zaki Azeman, Ashraf Muslim, Fify Azmi, Jay Iswazir.

Obsesi Dia ini mula bersiaran pada Rabu ini dan boleh ditonton setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Untuk Slot Lestary, TV3 menyajikan drama Keria Women yang memaparkan kegigihan wanita dalam mengusahakan perniagaan tempatan sehingga menempa nama ke seluruh negara.

Keria Women mempunyai 13 episod yang bakal bersiaran mulai Sabtu depan, jam 9 malam pada setiap hari Khamis hingga Sabtu.

Drama ini dibintangi oleh Rita Nadira, Sabrina Sharleen, Fify Azmi, Raja Ema, Ezaidi Aziz, Marc Syahmie, Muazmeer Mohsin, Shy Rim.

Rasai pelbagai emosi pada Julai ini dengan menyaksikan drama-drama bersiri hebat di TV3.

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia serta Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my

Atiqah Johari