Categories: HiburanSelebriti

Dihujani Dakwaan Curang, Aliff Aziz Mohon Beri Ruang

Selepas insiden ‘kantoi’ di kelab malam, penyanyi Aliff Aziz meminta semua pihak memberinya ruang menyelesaikan kemelut yang melanda rumah tangganya buat masa ini.

Kata Aliff kepada Harian Metro, dia tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung insiden ini.

“ Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya.

Berita kecurangan Aliff didedahkan sendiri oleh isterinya, Bella Astilah yang kecewa dengan suaminya yang dikatakan sudah berubah.

Aliff dikatakan intim bersama pelakon Oktovia Manrose selepas mereka digandingkan bersama dalam sebuah drama.

Ini merupakan insiden curang kali kedua selepas kali pertama berlaku pada tahun 2017 yang mana Aliff dikaitkan dengan Afifah Nasir.

Tindakan Aliff yang mengunjungi pusat karaoke bersama pelakon wanita itu diketahui isterinya selepas ‘kantoi’ menerusi kamera litar tertutup dari  pusat karaoke berkenaan.

Namun, berita itu reda selepas Aliff dan Afifah membuat sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.

SGMS Faida