Categories: HiburanSelebriti

Terbang Ke Jepun, Syahrini Nikah Hari Ini?

Pernikahan penyanyi sensasi Indonesia, Syahrini dilaporkan bakal berlangsung di Tokyo, Jepun, hari ini (27/2).

Memetik laporan Kompas.com, penyanyi yang terkenal dengan Sesuatu ini bakal bergelar isteri kepada usahawan terkenal Reino Barack dan dilaporkan bernikah di Masjid Tokyo Camii.

Difahamkan, seramai 20 orang ahli keluarga Syahrini bertolak ke Jepun sejak 21 Februari lalu termasuklah ibu dan adiknya, Aisyahrani yang turut serta dalam rombongan tersebut.

Biarpun tiada lagi kenyataan rasmi daripada penyanyi terkenal ini, adiknya Aisyahrani memberitahu kakaknya selesa tidak berkongsi perihal kisah cinta dengan jejaka berusia 34 tahun itu.

“ Segalanya akan diceritakan selepas mereka rasmi bernikah,” katanya ketika ditemui oleh media tempatan di set penggambaran single terbaru Syahrini berjudul ‘Cintaku Kandas’ di Jakarta Selatan pada Selasa (4/12/2018).

Kisah percintaan Syahrini dan Reino mula diperkatakan selepas Imam Besar Masjid Istiqlal, KH Nasaruddin Umar dikhabarkan memberitahu tarikh pernikahan penyanyi dan usahawan berkenaan yang didakwa bakal berlangsung pada 26 atau 27 Februari 2019 di Jepun. Difahamkan, undangan intu dibuat oleh bapa Reino menerusi panggilan telefon. 

SGMS Faida