Dikecam Gara-Gara Salam Bright Vachirawit, Ini Respons Sharifah Rose – “Saya Rasa Agak Rude Sebab…”

Pelakon Sharifah Rose sekali lagi menerima kutukan netizen selepas melihat gelagatnya bersalaman dengan artis Thailand, Bright Vachirawit ketika di sebuah majlis produk penjagaan kulit, baru-baru ini.

Menurut Rose, tindakan itu dilakukan selepas Bright menghulurkan tangannya terlebih dahulu kerana enggan bersikap kurang sopan.

“Masa di acara itu, tak ada sesi untuk taklimat lagi. Masa itu, saya hanya lambai saja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak rude la sebab mungkin dia tak tahu budaya kita kan.

“Jadi, saya sambut tangan dia sebagai menghormati la. Saya pun tidaklah berlebih-lebihan. Saya sambut tangan pun sebab dia hulur,” katanya.

Sebelum ini, rata-rata netizen menyifatkan tindakan pelakon itu tidak bersesuaian dengan imejnya yang berhijab.

Memetik laporan Gempak, Rose bagaimanapun sudah lali dengan kecaman netizen yang sentiasa ingin mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan.

“Saya rasa, biasalah netizen semua benda nak pertikaikan. As long as bagi saya benda itu tak ada berlebih, hanya salam sebab menghormati saja,” ujarnya.

Sumber: Gempak

Fatin Nurain