Hafidz Roshdi Kantoi Check In? Bekas Isteri Dedah Ada Bukti Perbuatan Maksiat – “Itu Dosa Dengan Allah, Tapi Cari Kami Di Padang Mahsyar…”

Pergolakan rumah tangga pelakon, Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga kini masih hangat menjadi perbualan ramai di media sosial.

Pada hujung Februari lalu, Shuhada mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga yang dikenali sebagai Athirah Yuhada.

Baru-baru ini, sebuah foto yang dimuat naik oleh Athirah pada Februari lalu tular di media sosial mencetuskan pelbagai persoalan warganet.

Foto tersebut memaparkan kaki Athirah bersama seorang jejaka yang didakwa Hafidz ketika berada di pantai.

Bagaimanapun, menjengah ke Instagram Shuhada, terdapat individu yang bertanya mengenai foto tersebut di ruangan komen.

Tanpa berselindung, Shuhada seakan memberi bayangan bahawa foto tersebut adalah milik Athirah dan Hafidz.

“Gambar kaki yang tepi pantai tu kaki depa berduakan? Agaknya ke manalah depa cuti-cuti honeymoon hari tu,” tulis individu berkenaan.

“PD (Port Dickson).. Boleh la check booking name under si sana,” jawab Shuhada.

Dalam pada itu, Shuhada turut mendedahkan dia mempunyai segala bukti perbuatan maksiat mereka namun menyerahkan segalanya kepada Sang Pencipta.

“Kalau nak sembang pasal dosa mereka dengan Allah, berzina, bermaksiat, menipu, mempersendakan agama dengan mandi wajib bersamalah dan sebagainya, itu semua I have the proof.

“Tapi itu dosa mereka dengan Allah, biarlah Allah hukum mereka seburuknya, tapi dosa mereka dengan saya dan anak-anak… carilah kami di Padang Mahsyar kelak.

“Kami takkan pernah memaafkan, ia terlalu sakit, hanya Allah yang maha mengetahui segala sesuatu perkara,” tambahnya di ruangan komen tersebut.

Sementara itu, Shuhada turut berkata permohonan maaf Athirah yang berjanji untuk tidak akan menghubungi Hafidz lagi adalah penipuan kerana mereka masih berhubung.

“Dia takut. Dia rasa dialah paling hebat planning dan berahsia. Dia lupa ada yang maha hebat dekat atas sana.

“Dia takut bila kantoi for the seond time. Dia takut tiba-tiba viral yang even si sana dah janji never contact segala mak nenek tapi hanyalah hidup dalam penipuan.

“Itu yang sebenarnya, tak ada issue provokasi.. Hanya kerana takut dengan bayang dan kesalahan sendiri,” tambah Shuhada.

Sebelum ini, konflik rumah tangga pasangan ini semakin tegang selepas Hafidz bertindak menumbuk Shuhada sebanyak tiga kali sehingga pipinya koyak dan mempunyai parut kekal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit Jahit Lagi Sakit Dari Beranak” – Mahu ‘Move On’, Nurul Shuhada Takkan Putuskan Hubungan Ayah & Anak-Anak

ARTIKEL BERKAITAN: Pipi Koyak Ditumbuk, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Akhirnya Bersuara – “Hiduplah Kau Dengan Bayang Aku Sampai Mati… Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Ini!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah Aku Jadi Manusia Baik Sangka, Separuh Mati Dah Kena!” – Nurul Shuhada

Aqilah Paharuzi