“Makin Hot Sekarang” – Kongsi Momen Di Kelab Malam, Tampil Seksi & Dekelilingi Ramai Lelaki… BCL Dikritik

Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari atau BCL tampil mengundang cemuhan dalam kalangan warganet selepas  berkongsi momen dirinya berdisko, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, BCL turut kelihatan dikerumuni oleh ramai lelaki ketika mendendangkan lagu terbaharunya yang berjudul Badai Telah Berlalu.

Malah, penampilannya yang dikatakan persis memakai baju dalam atau bra juga turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Badai Telah Berlalu,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa kecewa mereka dan menegur cara pemakaiannya.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen turut menganggap perbuatan penyanyi itu seolah-olah tidak menjaga air muka arwah suaminya, Asyraf Sinclair.

Fatin Nurain