Dikhabarkan Sudah Meninggal Dunia, Kesal Dengan Berita Palsu… Aiman Hakim Sarankan Netizen Kurangkan Bermain Media Sosial

Pelakon Aiman Hakim Ridza meluahkan rasa kesal dengan tindakan sebuah ‘page’ di Facebook yang menyebarkan berita palsu yang mendakwa dia sudah meninggal dunia, baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aiman menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, semalam.

“Ada orang DM pasal benda ni.kita ambik iktibar dari sudut positif. First of all, Alhamdulillah, aku hidup lagi.

“Kedua, social media ni macam ni tau, lagi banyak korang habiskan masa dekat social media lagi banyak la orang lain yang ada interest untung. How? macam ni,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Aiman turut menyarakan orang ramai untuk mengurangkan waktu bermain media sosial bagi mengelakkan diri dari terpedaya dengan berita palsu.

“Sama la jugak dekat mana-mana pun akan ada orang yang nak ambik kesempatan. Lagi lama korang layan social media lagi banyak benda merapu akan keluar.

“Kesimpulan di sini adalah kurangkan la main social media. borak-borak la dengan orang terdekat,” katanya.

Fatin Nurain