“Dikhianati Oleh Orang Yang Dipercayai Memang Menyakitkan” – Ustazah Asma’ Harun

Perkongsian pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menjadi perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Asma menulis berkaitan isu dikhianati dalam sebuah perhubungan.

Menurut Asma, ramai golongan wanita tersakiti gara-gara dikhianati oleh orang yang tersayang sedangkan mereka berhak untuk bahagia.

“Dikhianati oleh orang yang dipercayai memang menyakitkan, namun dikhianati oleh orang yang diberikan kasih sayang dan pengorbanan lagi perit.

“Ramai wanita terutamanya, masih tidak boleh melepaskan beban dan kesan dikhianati, emosi sesak dan perit dada ketika mengingati pengkhianatan itu dibawa kemana-mana, walaupun saat sepatutnya menikmati bahagia,” tulis Asma ringkas.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Asma itu telah meraih 3, 400 tanda suka dan lebih 60 komen.

Sebelum ini, Asma turut berkongsi penulisannya berkaitan kejujuran dalam perhubungan di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tanpa Jujur, Masih Boleh Gembira Tapi Bukan Bahagia” – Ustazah Asma’ Harun

Khairil Khusyairi