Dikritik ‘Kayu’ Dalam Lakonan, Ahirine Ahirudin Tak Serik Berlakon & Minat Cuba Genre Romantik – “Hati Ini Berbunga-Bunga”

Pelakon baharu, Ahirine Ahirudin menjelaskan bahawa dia akan berusaha untuk menambahbaik kualiti lakonannya selepas dilabel ‘kayu’ ketika tampil dalam sebuah filem berjudul Gadis Jolobu baru-baru ini.

Malah, dia tidak malu untuk mengakui lakonannya sebegitu kerana sebelum ini dia turut berlakon namun ekspresi wajahnya tidak terlihat.

“Okay lah… padahal saya memang keras macam kayu pun.

“Saya setuju yang saya bukan baru dalam industri filem ini, industri berlakon ini dan saya akan cuba yang terbaik untuk improve kan lagi saya punya lakonan.

“Sebab sebelum ini saya pakai helmet so ekspresi muka semua tak kira, tapi sekarang ini depan kamera of course banyak benda yang saya kena masukkan,” jelasnya.

Menjawab dakwaan mengenai penglibatan dalam industri lakonan hanya bersandarkan pada kecantikan, Ahirine menganggap tuduhan tersebut sebagai satu pujian untuk dirinya.

“Saya rasakan saya paling insecure… saya tahu ramai lagi perempuan lain lagi cantik semua kan. Jadi, bila diorang cakap macam itu… it’s a compliment to me, thank you so much.

“Sebab saya tak rasa itu sebabnya (kecantikan), cuma saya buat apa yang saya minat dan saya tak rasa saya cantik pun,” katanya.

Ditanya mengenai adakah dirinya serik untuk berlakon genre selain aksi selepas dikritik ‘kayu’, Ahirine memaklumkan bahawa dia sangat berminat untuk berlakon dalam genre romance ketika ditemui di sidang media WebTVAsia Perkenal Bintang Muda Baharu pada 13 September lalu.

“Saya sebenarnya nak berlakon cerita romance sebab saya suka romance, thriller dan juga action.

“Saya suka tengok k-drama… sebenarnya hati ini berbunga, saya memang minat cerita k-drama yang romantik.

“Kalau saya tengok k-drama tak sah kalau tak nangis… saya betul-betul mendalami cinta. Sebenarnya saya penakut, saya hati tisu walaupun dari luar nampak macam buat aktiviti lasak semua,” katanya sambil ketawa.

Atiqah Johari