Dikritik Memalukan Ibu Mentua Selepas Kongsi Video Menari Dengan Suami, Fasha Sandha Tepis Netizen

Baru-baru ini, pelakon jelita Fasha Sandha mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video mesra bersama suami tercintanya, aktor Aidil Aziz.

Menerusi video tersebut, Fasha yang ligat berdansa bersama suaminya mencetus pelbagai reaksi netizen dan mengkritik tindakan mereka.

Berdasarkan ruangan komen, individu menegur Fasha yang didakwa perbuatannya itu akan memalukan ibu mentuanya.

“Malunya kalau mother in law (mil) tengok. Simpan sikit sis,” kata netizen.

Tidak berdiam diri, Fasha tampil membidas mulut individu berkenaan dengan berkata ibu mentuanya itu seorang yang tidak mudah menghakimi dirinya.

“MIL saya paling tak suka judge orang dan dia tahu anak menantu pelakon, dia terima kami seadanya.

“Baik buruk kami berdua dan sentiasa mendoakan kami yang baik-baik. Kami tau kami tak sempurna, dan kami belajar untuk perbaiki diri kami. Thank you for your concern sister,” bidasnya.

Sementara itu, individu lain turut menegur Fasha untuk tidak terlalu kerap berkongsi momen bahagia bersama suami di media sosial kerana perkahwinan adalah satu pinjaman.

“Jangan tunjuk sangat kebahagiaan kita. Masa hadapan belum tentu lagi macam mana,” tulis netizen.

Balas Fasha, aktres Rampas Cintaku ini hanya mahu menyiman kenangan di media sosial dan yakin dengan kententuan illahi.

“Simpan sini buat kenangan sebenarnya sister. Perkahwinan ni pun pinjaman je. Mendoakan agar pinjaman ini adalah forever. Kita hanya mampu merancang, semua Allah tentukan, tapi suami saya rekod ni untuk kenangan kami,” jawabnya.

Aqilah Paharuzi