Dikritik Selalu Bersolek, Ini Respons Watie Hanifiah – “Suami Suka Tengok Kita Bersiap, Pakai Makeup.. Nak Buat Macam Mana”

Isteri kepada pelawak sensasi, Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui suami tersayangnya itu gemar melihat wajahnya disolek.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie berkongsi video sedang memakai alat solek atau get ready with me (GRWM) meraih perhatian ramai.

Di ruangan kapsyen, Watie berkata suami tersayangnya itu Shuib sering bertanya sekiranya dia tidak memakai alat solek setiap kali mereka keluar.

Hantarannya itu sekaligus menjawab kritikan orang ramai yang mempertikaikan mengapa Watie sering memakai alat solek.

“Nak pergi memancing je pun kan, tapi tu lah nak buat macam mana kan… suami kita pula sejenis asal nak keluar ke mesti tanya ‘you tak makeup sikit ke’

“So korang yang selalu cakap ‘Watie, tak payah lah makeup-makeup’ tu tak boleh nak buat apalahkan…

“Sebab suami kita memang suka tengok kita bersiap makeup segala walaupun nak keluar pergi minuk teh tarik je,” tulisnya berserta tanda pagar #sisredo.

Sekadar info, Shuib dan Watie sah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Siti Sarah pada 27 Feb 2011.

Allahyarham Sarah bagaimanpun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat wabak COVID-19.

Hasal perkahwinan pasangan ini mereka mempunyai empat cahaya mata.

Aqilah Paharuzi