Dilabel ‘Sendu’ Punca Post IG Story Untuk Viral, Ini Respons Mona Allen – “Ada Orang Suka Jadi Glamour, Ada Orang…”

Kenyataan yang dibuat oleh pelakon Mona Allen tentang Himpunan Malaysia Bersama Palestin mencetuskan kontroversi apabila dia mengatakan perkara itu hanya membuang masa dan berkisarkan tentang politik semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen Tak Setuju Berhimpun Ramai-Ramai Tunjuk Solidariti Free Palestine? – “Nothing Changed, Hanya Buang Masa”

Menerusi perkongsiannya di Instagram, ada pihak yang mengatakan dia cuba untuk menaikkan namanya dengan menularkan isu tersebut.

“Yang cakap saya sendu, saya okay je jadi sendu. Ada orang dia suka jadi glamour ada orang dia suka low profile. Sendu,” katanya.

Menurutnya, dia akui dirinya ‘sendu’ kerana kini dia bukan seorang pelakon dan memilih untuk tidak mengejar populariti.

“Saya pun sekarang bukan seorang pelakon, saya suri rumah tangga. Duduk rumah jaga anak adalah pekerjaan saya.

“Jadi saya memang sendu dan tidak gila nak jadi glamour sebab saya suka dengan kehidupan saya yang sekarang.

“Lebih tenang dan aman apabila jauh dari dunia popularity. Yang kata biasalah dah sendu up lah story untuk viral tu anda salah ya. #lovesendu,” ujarnya.

Terdahulu, Mona mengatakan dia berasa kurang selesa dengan cara berhimpun beramai-ramai untuk bersolidariti dimana akhirnya tidak dapat mengubahkan apa-apa.

Malah, dia berpendapat agar lebih baik melakukan solat hajat untuk saudara-saudara di Palestin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Politik & Populariti Tak Ada Kaitan Dengan Yang Berlaku Di Gaza” – Beri Penjelasan Statement ‘Tak Setuju Berhimpun Ramai-Ramai’ Isu Palestin, Mona Allen Cadang Anjur Solat Hajat

Maya Basir