Dipindahkan Ke Wad Biasa, Keadaan Nad Zainal Semakin Baik… Sudah Boleh Berbual & Ketawa

Baru-baru ini-, pelakon Nad Zainal dilaporkan telah sedarkan diri dan dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU).

Perkembangan baik itu diberitahu oleh pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohammedin menerusi hantaran Instagramnya miliknya semalam.

Shahrulezad atau mesra disapa Budak Ijat itu juga memaklumkan bahawa Nad Zainal sudah boleh berbual dan ketawa di samping menunjukkan perkembangan positif lain sejak dimasukkan ke hospital.

“Untuk pengetahuan korang, keadaan Nanad (panggilan Nad Zainal) sekarang tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak di intubated.

“Malah, Nanad dah sedar. Dia juga sudah boleh berbual dan bergelak ketawa. Dia sudah boleh ke tandas sendiri walaupun kami melarang kerana paru-parunya masih belum kuat,” kongsi Ijat.

Bukan itu sahaja, Ijat turut menjelaskan bahawa kini dia kurang mengemas kini keadaan Nad Zainal kerana bersimpati dengan keluarga pelakon tersebut.

Tambah, dia risau apabila setiap kali membuat perkongsian perkembangan Nad Zainal, akan timbul cerita yang kurang elok tersebar sekaligus menambah kerisauan kepada ibu bapa Nad.

“Sebab kenapa abam tak update lama tentang Nanad kerana abam kesiankan ibu bapanya. Selain mengutamakan kesihatan Nanad, kesihatan mental kedua ibu bapanya juga menjadi keutamaan kami.

“Abam perasan setiap kali update pasal Nanad akan wujud rantaian berita yang bukan-bukan. Ia sekali gus menyakitkan hati kami, terutamanya orang tua Nanad,” luahnya lagi.

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Semakin Baik, Ungku Ismail Dedah Pembahagian Tabung Dana – “Jumlah Terkumpul RM277,000, Kami Sedekah & Infaq Kepada…”

Atiqah Johari