Disahkan Buah Pinggang Rosak Tahap Tiga, Isteri Maklum AG Coco Jalani Pembedahan ‘Sten Ureter’ Batu Karang

Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco dikhabarkan mengalami kerosakan buah pinggang tahap ketiga dan kini sedang menjalani pembedahan ‘ureteric stent insertion’ (memasukkan alat melalui saluran kecil hingga ke pundi kencing).

Berita tersebut dimaklumkan oleh isterinya, Zuliana Eusoff menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya sebentar tadi.

Pembedahan tersebut difahamkan untuk membenarkan air kencing mengalir dari buah pinggang ke pundi kencing melalui ureter untuk nyahsekat batu karang yang menyekat aliran air kencing dalam buah pinggang AG atau nama sebenarnya Muhd Hezry Mohd Hafidz.

“Salam everyone, my husband @agcoco will be undergoing a minor procedure (ureteric stent insertion) for renal calculi.

“Would appreciate it if you could shower him (in your hearts) with your doas and prayers for his overall stability and recovery as he was also initially diagnosed with kidney disease stage 3 earlier on,” tulisnya lagi.

Zuliana yang kini berada di London, United Kingdom bersama anak mereka, Hidayat Hezry meluahkan rasa sebak tidak dapat berada di sisi suami tersayang.

“It’s heartbreaking for me to be thousands of miles away from him with my son, when he needs us the most right now, but we trust that Allah’s plans are the best of plans,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Sanjung Tinggi & Percaya Sangat Penunggang Ni, Bila Dah Tahu The Real Sh*t…” – Ciapan Curi Perhatian, AG Coco Sound Siapa Tu?

Aqilah Paharuzi