Syafiqa Melvin Kongsi Detik Awal Bertemu Azhar – “Dia Tak Kenal Pun Saya Siapa”

Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin, Syafiqa Melvin tampil mendedahkan detik awal perkenalannya bersama suaminya, Azhar.

Perkara itu telah didedahkan oleh Syafiqa ketika membuat sesi live di TikTok, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantiknya! Syafiqa Melvin Kahwin Kali Kedua, Momen Usap Pipi Anak Bikin Netizen Sebak

Menurut Syafiqa, suaminya, Azhar tidak kenal langsung tentangnya dan dia berkenalan dengan suaminya itu menerusi platform media sosial.

Malah, Syafiqa yang lebih mesra disapa sebagai Kak Long itu turut mendedahkan detik awal mereka bertemu ketika dirinya menjemput suaminya itu ke majlis rumah terbukanya.

“Dia tidak kenal pun saya siapa sebab dia bukan seseorang yang aktif bermain sosial media. Kami kenal kat media sosial.

“Sehari je mesej untuk berkenalan. Ada satu hari tu saya buat open house dan saya saja je manis mulut jemput dia. Lepastu dia datang seorang walaupun dia tak kenal saya siapa tapi dia berani datang,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar turut menyatakan niatnya menghadiri rumah terbuka Syafiqa untuk mengisi perut dan berkenalan dengannya.

“Masa tu saya lapar. Bila lapar kita tak fikir benda lain pun. Lepas tu sebab nak kenal dia juga. Lepas tu nampak macam sesuai dan kemudian kami berbincang dan meluahkan hasrat saya untuk berkenalan dan berkahwin,” jelasnya.

@anis.panaFirst kenal

♬ original sound – Anispana

Terdahulu, Syafiqa dan Azhar telah mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2023, Ahad lalu.

Sekadar info, Syafiqa pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 2012.

Namun, Zainal Abidin disahkan meninggal pada akibat kanser darah pada 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dengan dua cahaya mata, Zayyan Sufi, 10 dan Zahara Sumayya, 8.

 

Fatin Nurain