Categories: SelebritiTrending

PU Abu Umum Mahu Berpisah Oktober Lalu, Hana Azraa Pula Beri ‘Hint’ Hamil Anak Kedua?

Isteri kedua kepada pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa memberi bayangan sedang hamil anak kedua.

Menerusi perkongsian Hana di Instagram, dia dilihat hadir ke sebuah pusat perubatan swasta dengan menyatakan sebuah rahmat bakal datang sebagai kapsyen.

“Another blessing is coming,” tulisnya ringkas.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah fizikal badannya yang didakwa kelihatan seperti sedang hamil dan ramai menyangka ia adalah ‘baby bump’

“Baby bump… bakal dapat baby boy ye?

“Cantik Hana… nampak ada baby bump.

“Dah berapa months tu? Congrats,” komen warganet.

Namun begitu, pada sebuah komen Hana membalas pada seorang warganet menyatakan bahawa ianya sekadar kembung perut.

“Aaaa haha kembung peyut la sistur 🤣🤣🤣,” katanya.

Terdahulu, Abu mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan kedua-dua isterinya telah berbincang dan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing selepas enam tahun bergelut dalam konflik rumah tangga.

Artikel Berkaitan: PU Abu Beri Bayangan Rumah Tangga Dengan 2 Isteri Bergolak?

Untuk rekod, Abu berkahwin dengan Ain ‘Afini iaitu isteri pertamanya pada tahun 2018 dan memiliki tiga orang anak iaitu Muhammad Adam Aysar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.

Kemudian, pada tahun 2019, Abu berkahwin kali kedua dengan Hana Azraa dan mempunyai seorang anak bersama iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.

Artikel Berkaitan: Hana Azraa Kembali Berbaik Dengan PU Abu – “Banyak Hati Kena Jaga”

Artikel Berkaitan: “You Rasa Hanya Jatuhkan Maruah Dia Tapi…” – Status Cerai Belum Disahkan, Isteri PU Abu Tulis Surat Terbuka Buat Hana Azra

Artikel Berkaitan: Hana Azraa Buat Laporan Polis Terhadap PU Abu & Isteri – “Nafkah Anak Ikut Suka Hati Dia Je…”

Atiqah Johari