Categories: SelebritiTrending

“Betul-Betul Deep! Wanita Yang Pernah Lalui Je Faham” – Netizen Sebak Dengar Adira Suhaimi ‘Cover’ Lagu Masing Masing

Penyanyi Adira Suhaimi menyanyikan semula lagu berjudul Masing Masing nyanyian asal Ernie Zakri mencuri perhatian ramai warganet.

Menerusi perkongsian videonya, Adira menyanyikan lagu hit tersebut dalam versinya mendapat pujian ramai warganet dan rakan selebriti.

Bukan itu sahaja, rata-rata menyatakan bahawa lagu Masing Masing tersebut seakan menceritakan apa yang dialami dalam rumah tangganya.

Malah, ramai yang tersentuh mendengar nyanyian Adira selain mendoakannya menjadi wanita dan ibu yang kuat untuk anak-anaknya.

“I feel you ami. Semoga sentiasa kuat ya.

“Wanita yang pernah laluinya sahaja yang paham but life must go on.

“Nak cryyyy laa,” tulis warganet.

Terdahulu, Adira memfailkan cerai kali kedua terhadap suaminya, Datuk Red pada 25 November lalu atas sebab sudah tiada persefahaman.

Untuk makluman, pelantun lagu Milik Kita ini telah memfailkan permohonan pertama pada 1 April 2019 di mahkamah namun telah menarik semula permohonan bagi memberi peluang kedua.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua, Datuk Red Ditegur Sengaja Lambatkan Proses JPK

Artikel Berkaitan: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: Terkejut Dengan Isu Penceraian, Netizen Puji Sikap ‘Kunci Mulut’ Adira Suhaimi – “Bagusnya, Tak Tunjuk Apa Jadi Dalam Family”

Atiqah Johari