Tunjuk Koleksi Tudung, Cincin Di Jari Manis Puteri Sarah Pula Curi Perhatian… Netizen Dakwa Hadiah Dari Teman Istimewa? – “Dah Kena Lamar Ke?”

Penampilan terkini pelakon Puteri Sarah Liyana sering meraih tumpuan ramai di media sosial, apatah lagi dia kini tampak semakin bahagia selepas bercerai talak satu dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Terkini, menerusi perkongsian di Instagram aktres drama rantaian Suri Hati ini memuat naik sebuah video mempromosikan produk tudung bersama rakan niaga, aktor Indonesia Andi Arsyil.

“Berbahagialah bukan hanya kerana segala sesuatunya baik, tetapi kerana kamu masih mampu melihat hal baik dari segala sesuatu yang ada,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertumpu kepada cincin yang dipakai di jari manis Puteri Sarah, seolah-seolah menandakan dirinya sudah dilamar oleh seseorang.

Malah, ramai dalam kalangan netizen mendakwa cincin berlian tersebut adalah pemberian daripada Andi sempena ulang Puteri Sarah pada 1 Disember lalu.

Bagaimanapun, Puteri Sarah tidak mengendahkan andaian netizen tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah kini sedang bercuti di Turkey bersama kedua-dua anaknya dan ibu bapa.

Sebelum ini, tular video Puteri Sarah tidak dapat menahan perasaan akibat dikritik janda, dalam masa yang sama dia turut dipujuk oleh Andi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Menangis Dikritik Gelaran Janda, Andi Arsyil Pujuk Beri Kata Semangat! – “Tolong Jangan Hina, Buli..”

Artikel Berkaitan: “Takkan Saya Letak Kepala Di Bahu Lelaki Bukan Mahram” – Puteri Sarah Perjelas Isu Video Menangis Tular

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Menggigil Tahan Marah Ketika Sesi Live, Netizen Komen: “Memang Kena Ada Andi Arsyil, Lembut Je Bagi Nasihat”

Artikel Berkaitan: “Akhirnya Allah Tunjuk Siapa Kau, Satu Family Ada Access!” – Puteri Sarah Dedah Siapa ‘Mastura’?

Aqilah Paharuzi