Pekin Ibrahim, Mona Allen Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen dikhabarkan bakal menimang cahaya mata kedua.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

Dalam hantaran tersebut, Mona berkata kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua dan berharap orang ramai untuk mendoakan urusan bersalin akan dipermudahkan.

“Bismillahirrahmanirrahim.. Syukur Alhamdulillah, saya dan suami, Pekin Ibrahim bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Abang Petra.

“Insya-Allah pada awal tahun hadapan, Alhamdulillah sekarang saya dah masuk trimester kedua. Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini di ruangan Instagram.

“Masya-Allah, Tabarakallah… Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segalanya. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, Mona turut sempat menitipkan terima kasih kepada semua pengikut di Instagran yang tidak henti mendoakan kesejahteraannya bersama keluarga.

“Terima kasih juga atas doa semua sahabat-sahabat, keluarga dan rakan-rakan Instagram yang tidak putus dan sentiasa mendoakan saya dan keluarga, hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua,” tulisnya.

Sebelum ini, Mona dan Pekin pernah mendedahkan mereka menjalani pelbagai proses dan rawatan untuk menimang cahaya mata pertama.

Artikel Berkaitan: Pekin Ibrahim Kongsi ‘Keajaiban’ Ikhtiar Dapatkan Bayi Sulung, Siap Dah Plan Nak Buat IVF – “Lepas Sebulan Jumpa Ustaz Terus Mona Hamil”

Untuk info, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan anak lelaki yang bernama Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Berdepan Detik Cemas, Mona Allen Dedah Abaya Tersangkut Di Escalator Hingga Separuh Bogel! – “Mujur Allah Jaga Aib & Petra Selamat…”

Artikel Berkaitan: Dilabel ‘Sendu’ Punca Post IG Story Untuk Viral, Ini Respons Mona Allen – “Ada Orang Suka Jadi Glamour, Ada Orang…”

Aqilah Paharuzi