Disindir Makin Seksi, Mira Filzah ‘Sekolahkan’ Wanita Ini Balik!

Gara-gara disindir netizen, pelakon Mira Filzah bertindak ‘sekolahkan’ wanita itu balik.

Menerusi sebuah status di Twitter, Mira menasihatkan agar wanita menggunakan nama akaun Syaza Syafiqah agar mengamalkan perbuatan seiring dengan nasihat yang diberikan.

“Practice what you preach,”tulis Mira.

Sebelum itu, akaun Twitter menggunakan nama Syaza itu telah menyindir mengenai penampilan baju Mira.

“Sekarang dah boleh nampak leher dan nampak betis. But ya, sapa la kita ni rakyat marhaen yang hina untuk menegur,”tulisnya.

Apa yang membuatkan pelakon Pujaan Hati Kanda ini bengang ialah apabila wanita itu pernah memuat naik hantaran yang berbunyi “Be kind to all creatures, never do a good things to get a return, be humble. This will help you to have a better and peaceful life”.

Rata-rata netizen berharap agar Mira tidak ambil pusing dengan komen negatif sebegitu.

Ya lah, siapa tak bengang kan kalau dah begitu caranya? 

SGMS Faida