Disyaki Bercinta Dengan Amelia Henderson, Ini Respons Idris Khan

Kemesraan antara pelakon Idris Khan dan aktres jelita Amelia Henderson didakwa mempunyai hubungan istimewa oleh segelintir pihak.

Ia ekoran Idris yang berkongsi sebuah foto bersama patung rupa Amelia di Instagram Story miliknya berserta kapsyen ‘Saya dan Bae (kesayangan) hingga mencetus persoalan pengikutnya.

 

Dipercayai banyak menerima respons dari pengikutnya menerusi pautan mesej di Instagram, aktor Uda dan Dara ini akhirnya tampil menjawab desas desus mengenai hubungan mereka.

“Tidak, bertenang semua. Saya dan @Ameliath hanyalah berkawan baik. Kami tidak bersama,” katanya di Instagram Story.

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA akrres Kisah Cinta Kita ini turut membalas IGs tersebut dengan emoji seakan mengunci mulut.

Sebelum ini, kedua-dua selebriti ini dihadapkan ke mahkamah berhubung kes langgar kontrak pengarah terkenal Datuk A. Aida.

Bagaimanapun, isu tersebut telah selesai antara Idris dan A. Aida, namun Amelia mahu meneruskan perbicaraan tersebut yang ditangguhkan kepada 24 November ini.

Artikel Berkaitan: Isu Langgar Kontrak, A Aida & Idris Khan Setuju Selesai Kes Luar Mahkamah

Artikel Berkaitan: “Maaf! Saya Tak Boleh Cerita, Tunggu 24 November Nanti” – Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Pilih ‘Kunci Mulut’

Artikel Berkaitan: “Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Aqilah Paharuzi