Muka Macam Oppa Korea! Kecomelan Anak Mona Allen Curi Tumpuan

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkongsi wajah anak lelaki sulungnya, Petra Pekin di media sosial.

Wajah gebu yang dimiliki oleh Petra itu telah membuatkan ramai peminat geram dan tidak keruan.

Menerusi hantaran itu, Mona menulis kapsyen mengatakan sewaktu hamil dahulu dia kerap menonton K-Drama dan disebabkan itulah wajah anaknya mirip seperti Korea.

“Oppa sangat Petra ni. Masa pregnant dulu suka tengok Korean. Kan dah macam K-pop,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, pelakon drama Dia Bukan Bidadari itu turut berkongsi berat Petra itu sudah mencecah 5.7 kilogram meskipun baru sahaja berusia dua bulan.

Meninjau di ruang komen, rata-rata pengikut memuji kecomelan yang dimiliki Petra dan tidak keruan melihat pipinya yang tembam.

“Pipi dah macam kuih pau lah Petra ni,” komen salah seorang netizen.

Untuk info, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.

Dharnieya Nur Amelsa