Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar.

Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum melangkah ke fasa remaja.

Diana yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 9 dan Nur Aurora, 6.

“Nampak saja ‘besar’ tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yang makin rumit dan makin ‘deep’.

“Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. Seorang pun dah amanah seumur hidup,” tulis Diana di dalam satu hantaran Instagram.

Menurutnya, untuk membesarkan anak, ia tidak hanya berdasarkan kemampuan dari segi kewangan semata-mata.

Dia berkata masa yang terbaik akan muncul bila dia mahu menambah lagi seorang cahaya mata.

“Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska sahaja. Itu bukan sebab kita nak anak,” tulis Diana.

 

Diana mahu menjadi seorang ibu yang mampu memberi tunjuk ajar dan panduan bagi anak-anaknya.

Dia juga akui dia masih perlu banyak belajar tentang ilmu keibubapaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyetujui apa yang diperkatakan Diana termasuklah rakan artis yang sudah mempunyai anak.

Arfah