Dituduh Kafir Fitnah Berat, Fathia Latiff Bertegas Masih Beragama Islam – “Kecaman Netizen Tak Bagi Kesan”

Pelakon sensasi, Fathia Latiff menegaskan dia masih beragama Islam serta mengamalkan cara hidup sebagai muslimin.

Kenyataan Fathia itu sekaligus menepiskan dakwaan mengatakan dia ingin murtad gara-gara teruk menerima kecaman netizen, baru-baru ini.

“Saya masih mengamalkan (ajaran) Islam, tapi mereka membuat andaian dari komen-komen di TikTok yang tidak benar dan tidak berasas.

“Kafir ialah kata-kata yang kasar, bukan sahaja dalam kalangan muslim tapi orang dari agama lain juga,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram.

Sementara itu, Fathia menjelaskan segala perkongsiannya di TikTok adalah hanya untuk mengekspresi diri sahaja.

“Semua video TikTok saya adalah pandangan saya sendiri dan cara saya mengekspresi diri dan netizen tidak pernah memberi kesan kepada kehidupan saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Fathia mengejutkan ramai pihak apabila dia secara terbuka tidak teragak akan keluar agama dek teruk dikritik netizen.

Susulan itu, aktres drama rantaian popular Ariana Rose ini turut memuat naik satu hantaran Instagram mengatakan Ramadan tahun ini adalah kali terakhirnya.

Artikel Berkaitan: “Semua ‘Natural Beauty’ Dah Hilang” – Didakwa Obses ‘Cucuk’ Muka, Fathia Latiff Bidas Individu Wanita

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Dalam Masjid, Kapsyen Fathia Latiff Curi Perhatian Netizen – “Saya Rasa Ini Ramadan Terakhir Saya”

Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran Kepada Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ajak Orang Buat Maksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Macam Suami Awak” – Fathia Latiff Sindir Zahirah Macwilson?

Aqilah Paharuzi