Selamba Lari Berkasut Tumit Tinggi, Adira Suhaimi Buat Ramai Geli Hati – “Terpaling 100 Meter Tu Power!”

Penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya ketika memakai kasut tumit tinggi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagran, Adira yang asalnya membuat review untuk sebuah baju kurung jenama tempatan turut melakonkan pelbagai kerenah wanita ketika beraya.

Lebih mencuit hati, Adira yang mengenakan kasut jenis boots tinggi itu itu selamba berlari dengan laju sekali gus mengundang kebimbangan ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelantun lagu Pujaan Hati itu turut meluahkan rasa terhibur melihat gelagat spontannya.

 

Fatin Nurain