Syahir Shafein Anggap Penyondol Tak Perlu Wujud, Tak Kisah Terjebak Cinta Lokasi… Sempat Kongsi Ciri-Ciri Wanita Idaman

Pelakon Syahir Shafein menganggap kehadiran orang ketiga atau ‘penyondol’ dalam sebuah perhubungan tidak perlu wujud.

Bercakap kepada XTRA, Syahir berharap perkara tersebut dijauhkan daripada hidupnya dan sentiasa beringat dengan orang tersayang.

“Bagi saya orang ketiga ini tak perlu ada, apa pun keadaan kita pasti ada yang cuba masuk dalam situasi itu.

“Sebagai pelakon, kita perlu saling percaya dan jangan beri ruang sekalipun sebab perkara itu pasti akan ada.

“Saya belum terkena lagi, harap-harap dijauhkan, berbaik berpada-pada dan ingatlah pada orang tersayang,” ujarnya.

Semetara itu, aktor kelahiran Kelantan itu juga tidak menolak sekiranya menjalin cinta dengan orang industri sendiri.

“Mengapa tidak? Mungkin di set penggambaran kita perlu bina keserasian ataupun chemistry dan benda itu kita tak boleh halang, ia datang dengan sendiri.

“Jodoh juga kita tak tahu, kadang cari jauh-jauh rupanya ada depan mata saja. Saya tak tolak cinta lokasi itu.

“Kalau ada jodoh, saya okey saja, saya terbuka saja, yang penting kena minta restu ibu saya lah” ujarnya.

Dalam pada itu, Syahir juga berkongsi ciri-ciri wanita idamannya.

“Saya suka seorang yang sopan santun, dan yang paling utama adalah hormat orang tua.

“Itu yang paling utama, ayah saya dah tiada jadi saya tinggal bersama ibu saya, apapun saya kena minta restu dia terlebih dahulu.

“Kalau wanita itu dapat ‘tackle’ ibu saya, jadi ia satu ‘green light’ sudah,” kongsinya.

Khairil Khusyairi