Dituduh Punca Farid Kamil & Diana Danielle Bercerai, Ahirine Ahiruddin Nafi Dakwaan – “Saya Sedang Bahagia Dengan Teman Lelaki”

Nama pelakon Ahirine Ahiruddin, 26, tiba-tiba dikatakan menjadi punca kepada penceraian rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle.

Susulan itu, Ahirine atau mesra disapa sebagai E, menegaskan bahawa dia tiada kaitan dengan krisis rumah tangga mereka malah dia sedang bahagia dengan kekasihnya.

“Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid.

“Macam mana pula nama saya dikaitkan dengan Farid sedangkan saya kini dalam fasa bahagia dengan teman lelaki,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, Ahirine menyatakan hubungannya dengan Farid adalah atas tujuan kerja dan sangat profesional.

“Diana dan Farid tidak ada kata apa-apa pun mengenai perkara itu. Pandai-pandai je netizen ni.

“Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan daripada buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia sudah lama tidak bertemu atau berhubung dengan Farid kerana terlalu sibuk dengan penggambaran.

“Sebenarnya, saya sudah lama tidak berbual dengan Farid kerana baru kembali dari penggambaran filem Tebus yang membabitkan tempoh lebih sebulan di Sarawak.

“Saya bergandingan dengan pelakon Aedy Ashraf dalam filem itu.

“Jika nak diikutkan, Farid memang selalau training motor atau Muay Thai dengan team saya. Kadang-kadang Diana juga training sekali dengan kami,” kongsinya kepada Harian Metro.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil Pakaikan Helmet Ahirine Ahiruddin, Netizen Risau Diana Danielle Cemburu?

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Nama Diana Danielle Dipetik, Ahirine Ahiruddin Tampil Perjelas Isu Farid Kamil Pakaikan Helmet

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari