‘Doa Yang Terbaik Untuk Kakak’- Neelofa Enggan Komen Panjang

Pengacara terkenal Neelofa memberitahu dia enggan mengulas lanjut mengenai laporan keretakan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila bersama pelakon Sharnaaz Ahmad.

Neelofa ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Meletop Era 2019 (AME 2019) memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat kakak kesayangannya itu.

“ Tidak adil untuk saya memberi komen mengenai orang lain. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat menyayangi kakak dan anak saudara (Jebat Jayden) dan mengharapkan yang terbaik buat mereka.

“ Saya juga berharap orang ramai termasuklah keluarga dan sahabat handai mendoakan sama,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

Sementara itu, Neelofa turut menyifatkan dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan rumah tangga kakaknya goyah adalah tidak masuk akal.

Laporan mengenai keretakan rumah tangga Nabila dan Sharnaaz mula diperkatakan sejak awal tahun ini berikutan pasangan ini dilihat sering memuat naik kapsyen seolah dalam keadaan sedih sekaligus mencetuskan tanda tanya.

Wartawan: SGMS Fas/ Nabil

SGMS Faida