Pelakon dan pengarah Khir Rahman, mengesahkan kesihatan ayahnya, Dato A Rahman Hassan semakin merosot sejak di masukkan ke wad ICU semalam.

Melalui satu kiriman Whatsapp kepada rakan media hari ini, Khir memberitahu sesiapa yang mahu menziarahi ayahnya boleh ke Wad ICU, Tingkat 3, Hospital Ampang.

“Beliau kini hanya disokong oleh mesin pernafasan dan ubat-ubatan yang diperlukan untuk bertahan. Tidaklah pasti selama mana. Semoga perjalanan Abah dipermudahkan. Amin ya rabbal ‘alamin,” katanya.

Sebelum ini, A Rahman dilaporkan pitam di sebuah stesen minyak di Ampang dan kemudiannya dikejarkan ke hospital pada Isnin malam.

Beliau kemudian diberikan rawatan lanjut dan doktor memaklumkan penyanyi popular era Pop Yeh Yeh itu mempunyai komplikasi paru-paru (berair) dan degupan jantung yang tidak konsisten (lemah).

Sama-samalah kita doakan semoga segala urusan Dato A Rahman Hassan dipermudahkan Allah. Amin!

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida