Doakan Aidid Marcello Kembali Sihat!

Personaliti TV Popular, Aidid Marcello baru-baru ini mengakui mempunyai masalah kesihatan sehingga menyebabkan beliau sukar untuk bergerak seperti sediakala.

Menerusi muat naik dilaman instagram beliau, Aidid mohon agar semua peminat dan followers beliau mendoakan kesihatan beliau dan keluarga sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah.

Menerusi ruangan komen, rata-rata followers dan rakan selebriti beliau mendoakan agar Aidid kembali pulih dan sihat sepenuhnya.
Terdahulu, Aidid juga pernah mengalami kecederaan sehingga menjalani pembedahan ACL dan sempat berkongsi video pembedahan beliau menerusi akaun instagram beliau.
Apapun, kami di Xtra mndoakan agar Aidid kembali sihat sepenuhnya.
Salma Syahbuddin