Categories: Trending

Pencarian Berakhir…Mayat Sah Milik Nora Anne!

SAH! Mayat wanita berkulit putih yang dijumpai di sebuah lokasi dari resort warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang pada 4 Ogos lalu adalah milik remaja itu.

Berita ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, hari ini.

Bercakap di sidang media di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, pengesahan dibuat selepas keluarga mangsa membuat pengecaman terhadap mayat berkenaan di hospital Seremban.

Sebelum itu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui petang tadi ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.

Jelas Mazlan, mayat berkenaan ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort lokasi terakhir Nora Anne Quoirin  hilang.

Terdahulu, Nora Anne yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Remaja berkenaan disedari hilang dari bilik penginapannya di resort berkenaan oleh keluarganya pada pukul 8 pagi sebelum operasi SAR dilancarkan.

SGMS Fas