“Doktor Bagi Antibiotik Tapi…” – Anak Terkena Jangkitan Kuman Pada Alat Sulit, Mona Allen Minta Pendapat Soal Khatan Bayi

Pelakon Mona Allen memuat naik beberapa hantaran memohon kepada orang ramai untuk mendoakan putera sulungnya yang terkena jangkitan kuman.

Kongsi Mona, anak lelakinya, Petra Pekin terkena jangkitan kuman di bahagian alat sulitnya.

Tambahnya, doktor telah memberikan ubat antibiotik tetapi jika masih tidak sembuh anaknya itu perlu menjalani prosedur sunat menerusi Instagram Storiesnya (IGS).

“Anakku ada infection ka tutttt (alat sulit). Doktor bagi antibiotics tapi kalau tak baik kena sunat,” ujarnya.

Lebih kasihan, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu menyatakan bahawa dia sayu melihat anaknya menangis kesakitan.

“Alahai tak sampai hati tengok dia nangis. Sebab tadi doktor picit keluarkan darah… mesti pedih nak kencing,” katanya.

Susulan itu, Mona dilihat sempat meminta pendapat orang ramai mengenai prosedur sunat bagi bayi yang berusia empat bulan ke atas.

“Saya tahu sunatkan bayi kecil is good, senang baik dan tak banyak gerak jika berusia bawah empat bulan.

“Tapi Petra dah empat bulan, dia tengah lasak, saya nak tahu ada tak yang pernah sunat bayi empat bulan dan ke atas,” tanya Mona.

Terdahulu, Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga sejak 7 Disember 2018.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan itu dikurniakan Petra Pekin yang dilahirkan pada 31 Ogos tahun lepas.

Atiqah Johari