Dokumentari “TOMOKTWNTY” Pamer 20 Tahun Perjalanan Seni Tomok

Buat peminat tegar kumpulan NewBoyz, ada berita baik buat korang!

Khas buat peminat setia Tomok yang setia menjadi tulang belakang karier seninya selama ini, sebuah dokumentari TOMOKTWNTY mengenai perjalanan seni beliau telah diterbitkan!

Dokumentari yang berdurasi 15 minit ini akan ditayangkan sebanyak 4 episod dan berkisar tentang 20 tahun pembabitan Tomok selama berkecimpung dalam industri seni tanah air ini.

TOMOKTWNTY menyingkap perjalanan Tomok sebagai vokalis NewBoyz sehingga kini serta menceritakan naik turun dan kejayaan yang telah dicipta oleh Tomok.

Dokumentari ini juga menampilkan Zul2by2, Zimi Sofazr, Aubrey Suwito dan ramai lagi yang merupakan tulang belakang kepada kerjaya seni Tomok.

Episod pertama telah pun disiarkan pada 27 Disember baru-baru ini. TOMOKTWNTY boleh ditonton di saluran YouTube Monkey Bone dan setiap episod akan disiarkan setiap 2 minggu sekali.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari Facebook the8monkey dan juga Instagram Monkey Bone.

So, buat korang yang terlepas untuk menonton episod pertama TOMOKTWNTY, jom lihat video di bawah ni. Enjoy!

 

Sumber: YouTube Monkey Bone

Syafiqa Irdina