TWICE Momo Dan SUPER JUNIOR Heechul Disahkan Sedang Hangat Bercinta!

Breaking news!

Awal tahun 2020 nampaknya digegarkan dengan berita gembira buat peminat-peminat K-Pop apabila salah seorang anggota TWICE, Hirai Momo dilaporkan sedang bercinta dengan ahli K-pop legend SUPER JUNIOR (SUJU), Kim Heechul!

Berita itu disahkan oleh kedua-dua agensi yang dinaungi mereka iaitu SM Entertainment dan JYP Entertainment.

Selepas ketua kumpulan Twice, Jihyo dilaporkan bercinta dengan Kang Daniel pada Ogos tahun lalu, kini giliran penari utama kumpulan itu pula dilaporkan sedang hangat bercinta dengan “senior” dalam industri K-pop.

 

 

“Hello, ini merupakan label Super Junior. Kami ingin mengesahkan bahawa Heechul sedang dilaporkan bercinta dengan Twice Momo. Hubungan mereka mula serius apabila mula rapat sebagai senior dan junior pada tahun 2017,” kata wakil agensi SM Entertainment.

Terdahulu, kedua-duanya pernah digosipkan bersama pada Ogos 2019 namun menafikan hubungan mereka atas alasan rapat sebagai rakan artis sahaja.

Akhirnya, jarak hubungan 13 tahun pasangan ini tidak menghalang mereka untuk menjalinkan hubungan cinta!

Tahniah buat pasangan baru ini!

Sumber foto: www.soompi.com.my

Syafiqa Irdina