“Drama Lain I Tak Nak Tahu, Nak Kutuk Belakang Pun I Don’t Care!” – Puteri Sarah Minta ‘Penipu’ Pulangkan RM26,000

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi amaran terhadap pegawai pemasaran yang didakwa menipu duitnya sebanyak RM26,000 selepas mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan perniagaan diperolehnya.

Menurut Sarah, apa yang diminta itu adalah hasil titik peluh dan kerja kerasnya selama ini.

“Kita ni penat kerja, buat live siang malam.

“Tapi kenapa ada orang senang-senang je ambil hak kita? Nak minta duit sendiri pun dah macam minta sedekah.

“Drama lain saya tak nak tahu, awak nak kutuk saya dibelakang pun say atak kisah. Yang saya tahu saya nak duit saya balik yang diambil masa saya mengerjakan umrah. Sedar ke tidak tu?,” katanya.

Perkara itu dikongsi Sarah menerusi hantaran di Instastory miliknya, sebentar tadi.

Terdahulu, Sarah mengupah individu berkenaan pada Oktober tahun lalu untuk mengendalikan pemasaran produknya, namun kerja yang dilakukan itu tidak mencapai standard ditetapkan.

Malah, individu tersebut juga tidak mengotakan janji dalam menjalankan tugasnya untuk menjadi ejen dan stokis bagi produknya.

Susulan tindakan tidak bertanggungjawab itu, aktres drama rantaian Suri Hati ini bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya duit tersebut tidak dipulangkan.

ARTIKEL BERKAITAN:RM26,000 Lesap! Puteri Sarah Ditipu Pegawai Pemasaran… Minta Individu Segera Pulangkan Wang Sebelum Lapor Polis – “Kerja Tak Buat, Tapi Caj 45% Dari Untung!”

Salma Syahbuddin