Kes Fitnah Selesai… John Dihani Mohon Maaf, Shuib Bakal Salur Jumlah Wang Saman Ke Tabung Palestin Yayasan Nurjiwa – “Atas Dasar Ikhsan..”

Pelawak, Shuib akhirnya menarik lafas lega apabila kes saman fitnah membabitkan dirinya dan Allahyarham isteri, Siti Sarah Raisuddin pada Ogos tahun lalu akhirnya selesai.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Shuib memaklumkan telah menerima permohonan maaf individu dikenali sebagai John Dihani yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas terhadapya dan arwah Sarah.

Jelas Shuib, dia memaafkan John Dihani atas dasar ikhsan dan bersikap profesional, meskipun fitnah tersebut sangat tidak berasas.

“Alhamdulillah hari ni 10 Januari 2024 selesai sudah kes fitnah terhadap diri saya dan arwah Siti Sarah. Hampir 5 bulan dan harini semuanya telah pon terjawap.

“Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masok akal tetapi atas dasar ikhsan dan profesional, saya maafkan kamu dan halalkan segala fitnah terhadap saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhammad berkata jumlah wang saman yang diterimnya akan disalurkan ke Tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

“Untuk saman ini, ada jumlah yang perlu di bayar cuma saya tak boleh jelaskan berapa jumlah yang perlu di bayar.

“Hasil duit saman semua akan di salurkan ke Tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa,” tulisnya di kapsyen.

Dalam hantaran sama, Shuib sempat memberikan pesanan kepada John agar perkara tersebut hidak akan berulang lagi dan menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak menabur fitnah di media sosial.

“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan dan semoga ini juga menjadi pengajaran pada semua supaya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan jangan suka-suka menabur fitnah tanpa usul periksa.

“Jangan jadikan fitnah satu perkara normal. Ini bukan budaya kita orang Malaysia,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Shuib ‘memburu’ John Dihani selepas menuduhnya anggota organisasi Freemason, serta didakwa arwah isterinya, Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebelum meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Keluarga Terkesan, Shuib Buru John Dihani… Heret Ke Mahkamah – “Fitnah Melampau, Nampak Macam Saya B*n*h Isteri Saya”

Artikel Berkaitan: Shuib Maafkan Individu Dakwa Ahli Freemason & Kaitkan Kematian Arwah Siti Sarah

Aqilah Paharuzi