“Drummer Paling Handsome…” – Netizen Teruja Pemain Drum Dewa 19 Kekal ‘Maintain’ Walaupun Sudah Berusia 52 Tahun

Konsert kumpulan popular Indonesia, Dewa 19 yang berlangsung dua hari berturut-turut ternyata mencipta momen manis buat seluruh peminatnya di Malaysia.

Malah, selain vokalisnya, pemain drum kumpulan itu juga antara yang paling mencuri perhatian rata-rata lebih 8,000 peminat yang hadir pada malam akhir konsert tersebut yang berlangsung pada Ahad.

Menerusi perkongsian video pendek oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @annabelleeee, beliau memaklumkan terkejut apabila video yang dikongsikannya itu mencuri perhatian warganet yang lain.

Bahkan, rakaman paparan skrin yang memperlihatkan pemain drum Dewa 19 iaitu, Tyo Nugros memberikan senyuman kepada penonton sewaktu mengetuk drum membuatkan ramai peminat ‘histeria’.

“Drummer paling handsome…”

“Market naik terus orang-orang 50 an ni…”

Namun, siapa sangka, di sebalik ketampanan beliau, ramai peminat yang tidak menyangka bahawa, Tyo sebenarnya sudah menginjak usia 52 tahun pada Disember ini.

“My teenager crush! Dulu sampai sekarang…”

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain pula, Tyo juga dilihat sempat membaling stick drum kepada peminat sehingga membuatkan ramai yang berasa teruja dan menyifatkan mereka yang dapat ‘ole-ole’ tersebut sebagai orang yang sangat bertuah.

Salma Syahbuddin