“Macam Anak Dara” – Netizen Puji Tubuh Badan Ayda Jebat Kekal Langsing

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat digelar seperti anak dara kerana memiliki tubuh badan yang kekal langsing seperti sebelum kahwin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ayda mendedahkan ketinggian dan berat badannya serta memberitahu sudah berkahwin dan memiliki seorang anak.

“156cm, 42kg, Married, Anak 1. How bout you?,” tanya Ayda dikapsyen.

Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji dan cemburu dengan tubuh badannya yang seperti anak dara itu.

“Tak pernah tak cantik.

“Seems like anak dara.

“Dah ada anak, nampak muka Ayda macam tak cukup tidur je tapi badan maintain… caya lah,” komen netizen.

Namun, terdapat juga netizen yang mengatakan Indeks Jisim Tubuh (BMI) berat badan Ayda adalah tidak normal.

Maya Basir

Recent Posts