“Hari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Pelakon Ikmal Amry mengakui masih rasa bersalah atas kejadian kemalangan yang melanda dirinya dan keluarga semasa hendak pulang ke Melaka berjumpa ibu bapanya.

Menerusi laporan Melodi, susulan daripada kemalangan tersebut, dia sangat bersyukur kerana tiada langsung kecederaan yang berlaku keatas isteri dan anaknya.

Namun, selepas beberapa hari daripada kejadian tersebut, isterinya trauma dan anaknya seperti tidak boleh berenggang dengannya.

@racunbegkuning Credit : youtube tv3. Produk skincare yang tengah hot selling ada di beg kuning 😙 Jom check out 🤩 #berandafyp #fyp #berandatiktok ♬ original sound – 👆🏻TekanBagKuning💰

“Tapi dua tiga hari lepas kejadian tu, isteri saya trauma tak boleh dengar bunyi-bunyi hentakkan dan anak pun tak boleh jauh daripada saya.

“Saya nak pergi kerja pun, dia clingy yang lain daripada yang lain. Walaupun dia tak faham apa yang berlaku, tapi dia sedar apa yang terjadi masa kereta terbalik dan langgar,” katanya.

Menurut Ikmal, dia berharap agar keadaan akan semakin pulih dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Walaupun saya nak tengok muka anak pun saya rasa bersalah, hari-hari saya rasa bersalah.

“Apa yang saya buat ni tak layak untuk saya tanggung sekarang dan mungkin masa sahaja yang dapat heal kan semua ni,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur TerselamatPelakon Ikmal Amry mengakui masih rasa bersalah atas kejadian kemalangan yang melanda dirinya dan keluarga semasa hendak pulang ke Melaka berjumpa ibu bapanya.

Menerusi laporan Melodi, susulan daripada kemalangan tersebut, dia sangat bersyukur kerana tiada langsung kecederaan yang berlaku keatas isteri dan anaknya.

Namun, selepas beberapa hari daripada kejadian tersebut, isterinya trauma dan anaknya seperti tidak boleh berenggang dengannya.

“Tapi dua tiga hari lepas kejadian tu, isteri saya trauma tak boleh dengar bunyi-bunyi hentakkan dan anak pun tak boleh jauh daripada saya.

“Saya nak pergi kerja pun, dia clingy yang lain daripada yang lain. Walaupun dia tak faham apa yang berlaku, tapi dia sedar apa yang terjadi masa kereta terbalik dan langgar,” katanya.

Menurut Ikmal, dia berharap agar keadaan akan semakin pulih dan dapat meneruskan kehidupannya seperti biasa.

“Walaupun saya nak tengok muka anak pun saya rasa bersalah, hari-hari saya rasa bersalah.

“Apa yang saya buat ni tak layak untuk saya tanggung sekarang dan mungkin masa sahaja yang dapat heal kan semua ni,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Maya Basir